Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

6/07/12

Air Mata Duka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Para pembaca yang dikasihi sekalian, tidak semua air mata yang mengalir ada nilai di sisi Allah swt. Air mata yang mengalir kerana mencari keredhaan Allah itulah yang berharga. Ketika manusia sedang tidur lena, si hamba menitip rasa kasih penuh rindu kepada sang Pencipta, berjujuran air mata merasakan kehambaan dirinya, merasakan diri begitu kekurangan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah swt, merasakan dosanya tidak terbilang banyaknya ibarat pasir di pantai. Subhanallah..

Begitulah keadaan hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri. Dirasanya duka dengan dosa-dosa yang pada dirinya. Malam baginya bukanlah waktu istirehat, sebaliknya merupakan waktu baginya untuk beristighfar penuh syahdu memohon ampunan yang Maha Esa. Air matanya mengalir dan terus mengalir di dalam kegelapan malam mengenangkan dirinya yang penuh pasrah dan menyerahkan dirinya kepada Allah swt. Dengan linangan air mata mengharapkan dosa-dosanya diampunkan.

Rasulullah saw menyatakan bahawa di akhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah swt ialah mereka yang menangis kerana Allah. Allah swt berseru, “Di manakah hamba-hambaKu yang menangis?” Lalu Allah swt memerintahkan para malaikatNya supaya membawa hamba-hambaNya yang menangis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.

Nabi Nuh as diberi gelaran Ketua Insan Air Mata. Baginda berdakwah selama 1000 tahun, namun tidak mencecah bilangan 100 orang yang berjaya dibawa ke jalan tauhidullah termasuklah anak lelakinya.
Oleh itu, menangislah selalu, nasib kita belum tentu, mintalah kepada Tuhan, moga taubat kita diterima.

“Begitu tinggi nilai air mata taubat itu sama nilainya dengan darah syuhada yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredhaanNya”