Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

24/02/12

Rukun Taubat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Manusia, manusia manakah yang tidak pernah berbuat dosa selain Rasulullah saw yang maksum? Bahkan, sesiapa yang merasakan dirinya tidak melakukan dosa, dialah yang sedang berdosa. Maka, jika ada maksiat yang tergantung pada seseorang itu, maka sempurnakanlah rukun 3 rukun taubat.

Yang pertama, kesallah dengan doa yang pernah dilakukan. Kadang-kadang kita cakap je, 'tobat dah..tobat dah..' tapi setelah tu kita ulang lagi sebab tiada kekesalan yang sungguh-sungguh dengan dosa yang kita buat. Selamber je kita tinggal solat walaupun kita katakan 'tidak sengaja' tapi tiada sesal dalam hati kita. 

Yang kedua, berusahalah untuk tinggalkan maksiat yang ber'pahalakan' dosa. Maksiat ni bila kita buat, impak dia dosa. Dosa buat hati kita makin hitam, makin jauh dari Allah. Tinggalkanlah, kepada Allah nanti kita akan kembali. Bila hati hitam, hati tak nampak suda jalan hidayah. Mana nak tuju? Di dunia ni, ibarat air laut yang masin. Bila kita rasa dahaga, kita 'berkehendakkan' air, maka bila diminum air laut, makin bertambah dahaganya. Bila dah rasa seronok dengan dunia, susahnya.. nak balik jalan... Kembalilah sebelum terlambat.

Yang ketiga, kalau dosa kita tu dengan manusia maka bersungguh-sungguhlah meminta maaf. Jika barang orang pernah dicuri, kembalikanlah, jika rosak, gantikanlah yang baru. Jika itu pun tidak mampu, mintalah dari tuannya dihalalkan. Imam Malik berpendapat, boleh sahaja jika mintaa ampun tanpa memberitahu dosa kita padanya, yang penting, minta maaf! Andai tidak dimaafkan, ikhlaskanlah hati untuk bertaubat, semoga di akhirat nanti, Sang Pemilik segalanya memaafkan kita.

Taubat diterima oleh Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang sehinggalah peluang dah tamat, iaitu setelah nyawa sampai ke kerongkongan. Peluang juga dah tertutup bila matahari dah timbul dari arah barat. Nyawa sampai ke kerongkongan, rupanya bila Izrail dah settle cabut semua nyawa, 'turn' malaikat Izrail pula menghadap sakaratul maut, suaranya kedengaran. Saat sakarat digambarkan, astaghrifullah!!! Sangat sakit!! Sedangkan Rasulullah juga mengadap rasa sakit sakarat inika lagi kita!!

Maka taubatlah segera jangan bertangguh. Usah diendah kata mereka sekeliling yang tidak mahu kita kembali kepada Allah sedangkan memang kepada Allah tempat kita kembali. Nikmatnya bila Allah ampunkan dosa kita ibarat, di padang pasir kehilangan unta, jumpa unta tu semula! Dah la di padang pasir, hilang unta! 

Jika anda seorang pemimpin, dan sesiapa sahaja diri anda, jika masih hati tak tenang, gelisah, check back, urusan taubat maknanya belum settle lagi! Ada lagi dosa yang menghantui jiwa kita. Kita milik Allah.. kita milik Allah... Allahumma taqabbal taubatina...

Hasil dari tazkirah maghrib, Semoga bermanfaat buat saya dan anda.
Wassalam.

22/02/12

JANGAN PUTUS ASA


Dengan Nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Masih tidak terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat kembali semula ke kampus kepada siswa siswi pengajian degree khususnya di UTeM. Tahniah bagi yang meraih dekan dan tahniah kerana telah berusaha sehabis baik dalam peperiksaan yang lalu. Bagi pelajar diploma, teruskan usaha anda sehinggalah masanya tiba, iaitu peperiksaan akhir semester yang beberapa minggu lagi. Masa yang ada jangan dilekakan dengan sesuatu yang tidak berfaedah. Di sini, ingin saya kongsikan satu cerita, nak dengar? Nak dengar kenalah baca!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Hah? Banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun? Aduiii!!!!” Abdullah menepuk dahinya, terus sahaja ditutup laptop miliknya. Dihempaskan tubuhnya ke atas tilam nipis di bilik sewanya. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur kembali. Begitulah aktivitinya yang diulang seusai solat asar, maghrib, isyak dan subuh keesokannya. Sahabatnya yang tinggal sebilik, Mukhlis, begitu pelik dengan sikap Abdullah. Tidak pernah dia melihat Abdullah berkedaan seperti itu.

“Ab, bangunlah Ab, ko asyik tidur je nih. Aper hal ko? Tak puas-puas ke tidur? Ko tak penat ke asyik tidur je?” Mukhlis kelihatan bersungguh-sungguh mengejutkan sahabatnya itu. Risau juga dia, sakitkan Abdullah? Lalu dia duduk di samping Abdullah, diletakkan tangan di dahi Abdullah, tidak pula panas. Tiada pula dilihatnya Abdullah batuk-batuk, selesema atau berpenyakit. Malah dilihatnya Abdullah semakin berselera. Mukhlis menghampiri Abdullah yang kelihatan begitu lena.

“Ab, ko kenapa ni? ko ada masalah eh?” Mukhlis sekadar bersangka. Abdullah yang tersedar hanya mengeluh. Tangannya diletakkan di atas dahinya.

“Ab, cer citer sikit, mane tau aku ley tolong.”

“Aku.. aku geramlah wei. Kenapalah aku study bagai nak rak pun, still gak aku tak dapat dekan. Jangan nak kata dekan, 2 pointer jer. Tak sampai 3 pun. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Aku tengok Karim tu, bukannya study sangat pun, main game je aku tengok, enjoy sana sini, tapi dekan kowt.” Bebel Abdullah panjang.

Mukhlis tersenyum. Dengan tenang dia bersuara. “Ni ke masalahnya… Ab, sabarlah. Doa banyak-banyak Ab. Allah mesti kabulkan. Kan Allah dah kata, ‘Berdoalah kepada Aku akan Aku perkenankan kepadamu.’” Abdullah bangkit dari perbaringan, dipanjang wajah sahabatnya.Wajahnya kelihatan lesu dan muram.

“Mukhlis, aku dah puas doa dah. Aku buat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal wei. Tapi… “ Abdullah menundukkan pandangan, bebola matanya mula berkaca.

“Tapi Kenapa Allah tak makbulkan doa aku?”

“Astaghfirullahal azim. Ya Allah ampunilah kami.” Mukhlis turut menundukkan kepalanya. Diusap wajahnya dengan tangan bagaikan mendalami isi hati sahabatnya. Lalu dipandang sahabatnya yang masih tunduk.

“Ab, ko jangan piker camtu.. Ko tepis ler bisikan-bisikan syaitan kat telinga ko tu. Ab, ko tahukan setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya? Cuba kau fikir balik apa hikmahnya ko dapat result camtu.”

“Siyesly aku tak Nampakkan aku hikmahnya Mukhlis. Tolonglah aku. Aku pun taknak gini wei.”

“Takpe-takpe, jom kita review balik hikmahnya.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERTAMA
Percayalah, yakinlah Allah begitu kasih dan sayang padamu. Dia begitu rindu untuk mendengar munajat dan permohonanmu. Dia tidak mahu dirimu alpa dan lupa kepadaNya. Allah mentarbiyah dirimu agar tidak ego dan sombong. Allah mentarbiyah agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

KEDUA
Inilah didikan dari Allah. Bukankah dalam urusan menuntut ilmu perlunya kesabaran? Perlu kuat semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan mahu berhibur dan bermacam-macam lagi. Allah mendidikmu dengan sifat sabar. Tingkatkan usaha andai gagal ketika ini. Kalaulah orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, kita akan hidup bertemankan pelita selama-lamanya. Kerana itu, janganlah berputus asa.

KETIGA
Dalam proses menuntut ilmu, perlu latih diri untuk berdisiplin. Perlukan jadual dan perlu patuh pada jadual yang dibuat. Secara tidak langsung, kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukankah itu merupakan elemen yang penting untuk berjaya dalam kehidupan?

KEEMPAT
Kita perlu ikhlas dalam menuntut ilmu. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin dirimu sendiri yang masih belum menguasai subjek tersebut dengan baik. Salah siapakah sebenarnya? Adakah pensyarah perlu dipersalahkan? Tetapi mengapa rakan-rakan lain masih boleh skor? Adakah benar-benar telah diberi perhatian sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata? Tepuk dada, tanyalah iman.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Macam mana Ab?”

“Allah.. astghfirullah… Allah.. Allah…” berulang-ulang kalimah Allah diulang begitu sayu. Abdullah menekup muka.

“Ab, kita jangan lupa Ab, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih wei. Diberi nikmat Iman dan Islam. Nikmat terbesar kowt. Kita kena sedar tanggungjawab kita sebagai khalifah kat bumi nih. Tak kiralah berapa banyakpun usaha yang kita berikan, nilah hidup kita Ab. Kalau kita tak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percaya dan yakinlah pada Allah. Kita adalah hamba Dia. Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kan Abdullah???” Abdullah mengangkat wajah lalu tersenyum.

“So, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah. Malah, kena sentiasa berusaha dan buat yang terrrrrbaik dalam setiap pekerjaan kita. Dengan mengharapkan redha dan barakah dari Allah. Insyaallah wei, kita dapat ketenangan dan kegembiraan. Bukan kat dunia je, malah di alam akhirat nanti.” Mukhlis menyambung.

“Subhanallah…Alhamdulillah.. Maha Suci BagiMu Ya Allah.. Terima kasih ya Allah.. kerana kurniaan seorang sahabat yang mengingatkan aku dikala aku kealpaan..” Abdullah seakan berbisik sendirian. Dia bangkit untuk berwuduk dan menunaikan solat sunat 2 rakaat lalu menadah tangan memohon ampunan dan harapan kepada Allah swt.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah artikel yang saya terjumpa sewaktu mengemas barang-barang untuk kembali ke UTeM. dan adalah Semoga dapat menjadi pendorong semangat kepada saya dan anda, para pembaca, siswa siswi UTeM malah masyarakat umumnya. Pesan sahabat saya, SU Agong Badar UTeM, Nurhazwani Hashim, yang akan berangkat ke Korea pada 29hb Februari 2012 ini, “Allah merancang dengan penuh kasih sayang.” Bukankah Allah Maha Penyayang?

Sekadar itu sahaja daripada saya, semoga bermanfaat. Wassalam.

NYDP  2 Badar UTeM 2011/2012,
Nor Nadia Binti Zakaria.