Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

31/07/11

Bermaknanya Setiap 31/07

Bismillahirrahmanirrahim
Kata orang, anak adalah rezeki. Masih teringat kata atok Hussin yang sedang menunaikan ibadah umrah,

Rezeki tu bukan duit je, nikmat mata semua tu rezeki juga,” pada tarikh lahir ayah dan adik atok Hussin bertolak ke Mekah setelah 9 hari di Madinah. Pasti telah disampaikan salam saya kepada baginda yang dirindui, Rasulullah saw.

Selamat hari lahir En. Zakaria,” kata seorang jururawat hospital berbayar tersebut sambil menghulurkan adik ke pengkuan ayah. Berbeza dengan saya yang dilahirkan di hospital besar sahaja. Kata ibu, beranak di hospital besar seksa. Berdasarkan cerita ibu, mungkin dari segi layanan yang diberikan.

Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Tanggal 31/07/67 merupakan tarikh kelahiran ayah tercinta, adik pula dilahirkan pada 31/07/95. Ayah, seorang yang suka melayan kerenah kami dua beradik. Selalu ‘back up’ saya untuk ke mana-mana aktiviti luar. Seorang yang selalu memberi sokongan saya dalam penglibatan luar dan dalam. Selalu memberi kata-kata semangat. Walaupun kadang-kadang selalu terburu-buru, tapi selalu bersegera untuk hadir saat saya sangat memerlukan kasih seorang ayah. Alhamdulillah,hingga ke saat ini saya masih ada ayah.

Adik, satu-satunyalah racun dan penawar saya. Walaupun kadang-kadang degil, tetapi menjadi penghibur dan teman berbicara di rumah. Sangat aktif dalam aktviti silat namun tidak pula suka diketahui penglibatannya. Katanya tidak suka menunjuk.

Dari pembaca, mohon hadiahkanlah al-fatehah buat roh adik saya dan ayah saya semoga mereka memiliki jiwa yang tenang dan sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Jazakumullahukhaira. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan