Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah 2 minggu nenek menginap di rumah kami, baru sat petang tadi insan yangku gelarkan ‘mak’ sejak dari kecil itu dihantar ke rumah CikLela. Anak ke-3 dalam kalangan adik beradik ibu. Rindu juga dengan dia walaupun baru petang tadi mak balik rumah CikLela. Selalu ada juga teman nak ‘dikacau’ sebelum tidur, teman berbual. Tak pernah mak semesra ini sebelum ini atau mungkinkah saya yang tidak melayaninya dengan baik sebelum ini?
“Kau tak tahu yaya, nanti yaya dah jadi ibu barulah yaya tahu macam mana,” terngiang-ngiang pula kata-kata mak siang tadi bila mak bercerita tentang dirinya sebagai seorang mak kepada 4 orang anak. Saya dan ibu pula, sejak hari Khamis selepas tidak diberi izin untuk turut serta dalam aktiviti luar terus sahaja merajukkan diri mungkin. Apatahlagi bila mendengar sahabat yang sepatutnya pergi bersama akhirnya pergi tanpa saya, tiba di sana lewat malam seorang diri. Saya seakan menyalahkan diri, menyalahkan ibu. Hai anak apakah saya ini? Sungguh, sukarnya bagi saya untuk menjadi ‘anak soleh’.
"Kalau macam ni la along dengan ibu, along cari orang jauh je la long," kalau ibu dah merajuk.. Adeh...
“Sementara masih ada yaya…” sayu sungguh pesanan mak. Saya tertunduk menghayati bait katanya yang sedang melipat baju di atas sofa. Ketika itu sedang bersiap untuk ke warung seperti biasa.
“Pujuk je la ibu tu long. Anggaplah ibu sayang along, sebab tu ibu tak bagi pergi.” Kata ayah. Sungguh jiwa ini masih memberontak. Ya Allah.. kenapa ego sungguh jiwa seorang anak ini. Di manakah aula nya? Allahuakbar..
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.
Jadi, nak tak nak, kena juga. Susah tak susah, buat juga jika benar nak reda Allah, ketahuilah bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
Dan dalam memberikan ketaatan kepada ibu bapa, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:
"Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya." (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 7144 (Kitab al-Ahkam, Bab mendengar dan taat kepada pemerintah selagi mana ia bukan merupakan maksiat).
Terfikir juga, bila ibu dah faham apa yang diperjuangkan, mungkin ibu tidak lagi menghalangkan? Nak tak nak, risalah Islam kepada 'masyarakat kecil' ini perlu dipergigihkan. Selepas tanggungjawab ke atas diri sendiri ialah tanggungjawab terhadap keluarga.
"Oleh itu janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu termasuk golongan orang-orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Syua'ra 26:213-215)
Dari tempat duduk belakang, saya merangkul bahu ibu dan mendekatkan wajah.
"Ibu...." ibu tersenyum...
"Ingatkan nak merajuk lagi," sindir ibu..
"Alhamdulillah.." getus hati. Namun ada satu perkara yang masih dibimbangkan.. Qhadijah.. apalah khabarmu sahabat.. Sudah ada di mana sekarang ni? Prepaid takdak.. Ya Allah.. selamatkan dia di mana dia berada..
~Mujahadahlah Duhai Diri~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan