Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

9/07/11

Bila Hidayah Menjengah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan berbaju kurung berwarna kuning dan bertudung hitam, saya ke rumah Tok Deris yang tinggal berdekatan warung ayah dan ibu yang juga merupakan ayah angkat kepada ayah dan ibu saya. Ayah dan ibu sudah melawat jenazah di awal pagi tadi. Dari luar saya lihat beberapa orang makcik di dalam rumah. Ada juga yang duduk di tangga rumah. Mungkin kerana lenguh bersila. Di luar rumah, saya lihat ada beberapa orang lelaki yang tidak saya perhatikan apa kerjaan mereka. Terus masuk dan berhenti di tangga rumah Nek Mah, isteri kepada arwah Tok Deris, kelihatan seorang makcik duduk di tangga rumah tersenyum melihat kelibat saya. Saya agak kerkesima melihatnya.

“Yaya, ibu mana?” kata makcik bertudung dan berbaju kurung hijau itu.

“Ibu dah lawat pagi tadi. Sekarang dah kat warung.” Adik dan kawan baik dia pun dah melawat. Kerna itu saya hadir seorang diri. Pada mulanya malu juga. Tak pernah sebelum ini hadir melawat kematian seorang diri.

“Yaya, cantik tak cik pakai tudung?” Sambil tangannya memegang atas tangan saya. Makcik yang saya kenali kerana sering menghantar kuih muih jualan kepada ibu di warung pada setiap kali bulan Ramadan berkunjung.

Sambil tersenyum, saya menjawab, “Cantik…” Dia membalas senyuman. Alangkah syukurnya, insan yang selama ini mempersoalkan, “Siapa lagi nak duduk neraka kalau bukan aku?!” Di hadapan saya ini membungakan bahagia di hati yang mendengar.

“Cik tengah kumpul tudung. Cik dah nak pakai tudung. Tapi sikit-sikitla. Cik taknakla macam ada sesetengah orang kejap pakai kejap bukakkan...”
“Istiqamah,” saya mencelah bila terfikirkan perkataan tersebut. Malangnya, bila saya menoleh ke dalam, kelihatan dua wanita yang saya cari sedang duduk berdekatan jenazah.
“Kak Intan dan Cikmah,” getus hati saya. Kelihatan mereka sedang merenung ke arah saya. Tumpuan saya pada makcik ni beralih lalu meninggalkan makcik di situ.

“Yaya nak minta izin masuk jumpa nenek ye?”

“Yelah,masuk-masuk,” jawab makcik tadi. Selesai membacakan yassin di hadapan arwah, saya lihat makcik dah tiada di situ. Timbul kekesalan di hati.

Pembaca sekalian, Hidayah Allah milik hati yang mencari dan berhajat padanya. Orang yang tidak mencari hidayah adalah orang yang sombong dengan Allah. Orang yang sudah ditunjuki cahaya hidayah boleh hilang hidayahnya andai dia lalai menjaga hidayahnya.

Jadi apa peranan saya? Sewajarnya saya mendorongnya untuk memulakan langkah. Bak kata Saad bin Abi Waqqas, “Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja aku tetap berjuang demi Islam.”

Rumah makcik dekat saja. Cuma nak ke tak nak je untuk berkunjung ke rumah dia. Cuma ada sesuatu yang saya bimbangkan, KELUARGA sendiri. Fahamkah mereka apa yang ingin saya laksanakan ini adalah misi dakwah?

Sesungguhnya perjuangan ertinya menjala susah, meratah gundah, merelakan pengrorbanan, menanggung penderitaan. Tabahkan dan bertindak secara matang dalam mengharungi kepayahan, biarlah Allah menentukan hasil dan balasannya.

Jika ibu dan ayah kata, ‘Kau ni pandai cakap je, kau sendiri tak buat.’ Itu adalah teguran yang sangat bermakna! Awesome! Kerana mungkin ada yang saya tidak lihat dan tidak nilai, tapi insan yang terdekat menilai. Syukur Alhamdulillah.

Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang sedang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.

Wahai insan di sekeliling saya, buat pembaca yang saya kenali atau tidak, bila berpeluang tegurlah saya jika kelihatan saya mulai sombong, tegurlah saya jika saya mulai angkuh, tegurlah saya jika saya mulai salah kerana saya masih sangat memerlukan sahabat sepertimu hari ini, esok, dan selamanya. Jika saya bermasam muka, janganlah berkecil hati tetapi berilah saya masa. Itu bukanlah bermakna saya tidak menerima teguranmu sahabatku, tetapi akibat sedih perkara yang ditegur pastinya buruk dan ada pula pada diri. InsyaAllah, saya mesti akan terima teguran tu, kerana teguranmu itu sangat bernilai untuk saya membaiki diri.

Jazakumullahu khairan kasiroh kerana sudi luangkan masa untuk membaca.. Walau di mana jua, kita fahami Islam, amalkan Islam, sebarkan Islam. Jangan serik terlibat dalam perjuangan Islam. Jangan ada yang tercicir dari perjuangan Islam.

Andai kau tahu betapa besarnya pahala untuk membantu Islam, nescaya kau tidak akan tinggalkan tugas ini walau sesaat. Andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan amar makruf nahi mungkar serta melaksanakan amanah, nescaya kau menghargai sesaat pemberian Allah, andia kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiyah, nescaya kau menutup lubang-lubang yang akan merosakkan mahabbah. Andai jasad kita mengorak tarbiah, meneruskan mujahadah, maka biarlah hati kita menempuhnya. 

 InsyaAllah. Moga hidayah Allah sentiasa bersama kita.

~Mujahadahlah duhai diri~

5 ulasan:

  1. Salam ziarah..

    em nice post !!
    betol.. diri ni sering di uji dengan apa yg kita perkatakan..
    semakin bnyak yg kita katakan, semakin banyak juga ujiannya..

    dan bukankah banyak ujian itu, tandanya Allah cintakan kita..

    so, jika mahu Allah cinta,banyakkan berkata, mahu banyak berkata, tingkatkan amal dakwah kita..

    ~sekadar pandangan peribadi~

    keep it up.. (:

    BalasPadam
  2. mujahadah satu proses yg memerlukan kekuatan ISTIQAMAH...

    BalasPadam
  3. Jazakallah buat saudara Firdaus Muhammad, sangat bermakna pesanan ini, "diri sering di uji dengan apa yg kita perkatakan.. semakin bnyak yg kita katakan, semakin banyak juga ujiannya.. dan bukankah banyak ujian itu, tandanya Allah cintakan kita.." Keredaan Allah itulah kejayaan yang paling awesome!

    Jazakallah buat saudara ibnu roslee, boleh perdalamkan lagi pesanan yang diberi? Moga bermanfaat buat diri dan para pembaca yang lain. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Salam Ziarah..

    syukur pada Allah dapat membaca post ni..
    syukran ukhti
    post yang menarik ^^
    teruskan rantai2 perjuangan islam
    Allahu musta'an

    BalasPadam
  5. "Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang sedang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia."

    MasyaAllah. Syukran atas perkongsian. =)

    BalasPadam