Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

25/07/11

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat


Bismillahirrahmanirrahim
Seronok tengok kandungan fail yang berisi artikel-artikel yang diperoleh semasa di matrik dulu. Banyak isi penuh makna dan ilmu. Terhenti seketika pada satu ruangan. Termenung seketika. Apa yang saya bimbangkan dulu kini benar-benar terjadi. Saya melihat suasana ikhtilat pada diri saya sendiri tidak lagi seperti dulu.

“Bila kita melihat sesuatu maksiat itu biasa, maka semaklah hati. Bila masuk kampus nanti orang yang berfikrah pun bermesej-mesej perkara yang tidak penting, couple.” Tiba-tiba nasihat seorang kakak yang saya kenali, yang kini menuntut di UKM, bermain di fikiran.

Kadangkala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep ‘kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi’. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa’ dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya? Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa’ terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya. 

Dalam Al-Quran ada menyebut, maksudnya, “Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.” (An-Nur :31)

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Apabila rijal dan nisa’ berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman. Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih.

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu, malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran??? Tegarkah kita melawan syariatNya?.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu. SubhanAllah.

Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

"Perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."

2 ulasan:

  1. syukran atas perkongsian dan peringatan ukhti.
    teringat waktu sekolah dulu.

    mak sentiasa pesan supaya berdoa setiap kali berurusan dengan muslimin.

    "ya Allah, jauhkanlah kami daripada keburukan perkataan kami, jauhkan kami daripada keburukan pendengaran kami, jauhkan kami daripada keburukan penglihatan kami, jauhkan kami daripada keburukan gerak hati kami, dan jauhkan kami daripada keburukan tingkah laku kami."

    BalasPadam
  2. "ya Allah, jauhkanlah kami daripada keburukan perkataan kami, jauhkan kami daripada keburukan pendengaran kami, jauhkan kami daripada keburukan penglihatan kami, jauhkan kami daripada keburukan gerak hati kami, dan jauhkan kami daripada keburukan tingkah laku kami."
    amin...

    BalasPadam