Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

2/07/11

Dia bernama Khadijah

Bismillahirrahmanirrahim
Tiada kata dilafaz melainkan kalimah 'subhanallah'.. menggambarkan betapaku kagum apa yang ada pada Siti Khadijah yang Allah tetapkan dalam qada' dan qadar sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak insan yang mulia.. Baginda Rasulullah saw tercinta.

Dialah ibu pertama bergelar ummul mukminin
dialah wanita pertama bertahta di hati Nabi
cintanya pada Ilahi bagai lautan yang tidak bertepi
cintanya pada suami terlalu agung untuk ditandingi
dialah pemilik ketulusan hati
pewaris ketinggian budi
jasanya terus abadi hingga kini tiada pengganti
nostalgia bersamanya sentiasa di ingatan Rasul
dialah penyeri taman hati kekasih di jalan Ilahi
segalanya terserlah ketika Rasul sendiri pernah menuturkan :

"SESUNGGUHNYA TIADA SIAPA
YANG DAPAT MENANDINGI KHADIJAH
DIALAH YANG PERTAMA BERIMAN....
KETIKA AKU DIPINGGIRKAN
DIALAH YANG MEMBELANJAKAN SEGALANYA....
KETIKA SEMUA MENAHAN HARTANYA
DIALAH YANG MELETAKKAN AKU KE TEMPAT YANG MULIA...
KETIKA AKU SERING DIPERSENDA."


Rasul menyambung lagi:
"DIALAH YANG MEMBERIKAN AKU KEGEMBIRAAN DAN KASIH SAYANG
DIALAH YANG MELAHIRKAN ANAK-ANAKKU SEWAKTU JIBRIL DATANG DAN AKU KETAKUTAN
DIALAH YANG MEMBERIKAN AKU KEYAKINAN
DIALAH YANG MEMBERIKAN AKU KETENANGAN DAN SEBUAH KEYAKINAN BAHAWA AKULAH RASUL YANG DIJANJIKAN!"

Inilah srikandi cinta Rasulullah 
Inilah kisah SITI KHADIJAH.

Binalah baitul muslim. 'Syurga dunia' bermula dalam rumah. Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga. Bagaimana untuk diperoleh keamanan, kedamaian, kemesraan dan kasih sayang jika tiada reda Allah? Suami tidak solat, isteri tidak taat, anak-anak mulalah merempat. 

Ha.. Ha.. bila cakap baitul muslim mesti ramaila yang 'like' ni nanti. Ha bila cakap camni ada plak yang baca tak nak 'like' pula. eh macam tau-tau je kan. Yang penting, sekarang ni perlulah bersedia dari segenap aspek untuk membina individu muslim dulu. Bila tiba masanya, insyaAllah, berdoalah. Moga tiba juga jodoh untuk kita. 

Segala yang kurang mohon tambahkan. Segala yang silap mohon dibetulkan. Moga bermanfaat untuk saya dan anda semua yang membaca. Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan