Bismillahirrahmanirrahim...
Lama sungguh tak dengar lagu MAHAR CINTA, IMPIAN KASIH, DEMI CINTA SUCI, CUDIPT dan lain-lain lagi. Sejujurnya saya sangat membenci untuk dengar lagu-lagu cinta sebgini kerana ianya sering mengingatkan saya pada orang yang saya harapkan. Benci kepada lagu-lagu sebegini bukan bermakna saya tidak suka kepada apa yang disampaikan. Saya seorang yang suka menghayati lagu. Jika saya hayati lagu-lagu sebegini, tidakkah ia hanya akan jadi perosak hati? Sukarnya menjaga hati!!
Maka jagalah hati. Ia memang fitrah, namun sebelum terbinanya Baitul Muslim, perlunya PEMBENTUKAN DIRI yang mana untuk melahirkan keluarga yang baik memerlukan kekuatan itu. Jika ada jodoh ada la, jika tidak, YAKINLAH Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik. Moga penantian ini tidak menyeksakan.Yakinlah.. yakinlah.. yakinlah.. Allah telah mencatatkan yang terbaik buatmu.
Bayangkan dia katakan padamu, 'Mungkin suatu ketika nanti akan jumpa yang lebih baik dari ana.' Kesimpulan apakah yang dapat ditafsirkan? Ya Allah aku ni penuh dengan kelemahan, penuh dengan kekuranangan. Sedangkan dirinya.. seorang yang sangat hebat. Layakkah aku untuk menjadi permaisuri hatinya? Terasa mustahil... Moga penantian ini tidak sia-sia.
"Ya Allah jika aku jatuh cinta, Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati Seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang Yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku. Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Ya Allah perkenankanlah doaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan