Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

2/07/11

Bila terasa lemahnya diri...

Bismillahirrahmanirrahim
Wahai diri.. Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with you in every single steo of your life as long as you want Him to.

Wahai diri.. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak mengalah.

Wahai diri.. bila dirimu melangkah setapak ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan,
kemanisannya terasa bila takbir dilaungkan, roh jihad mula bertebaran, mendakap ukhwah dari kejauhan, jannah bertapak di hati insan, hidup dan mati dalam iringan iman, hebatnya sebuah keakraban andai dibasahi embun perjuangan.

Wahai diri.. kita pejuang tabahkan hati, kita mujahid kuatkan diri, kukuhkan tekad dan maralah dalam perjuangan Islam.

Wahai diri.. derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi sebagai satu latihan, gundah perjuangan bukan satu ancaman tetapi satu didikan, mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan, walau perit manapun perjuangan dan walau sesukar manapun perjuangan.

Wahai diri.. masih ingatkah Dr. Yusuf Qardawi pernah berkata, : "Sesungguhnya, umat Islam hari ini tidak berperang dengan pedang dan senjata sebaliknya berperang dengan menggunakan pemikiran."

Wahai diri... di dalam surat cinta, Allah telah berfirman yang bermaksud, : "Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir kerana orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti." 8.65

Wahai diri.. "Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi." 8:60

Wahai diri.."Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh-musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahui tetapi Allah tahu." 8:60

Wahai diri.. Usia umpama harta. Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan bakti.

Wahai diri.. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredaan pada ketentuanNya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.

Ya Allah... kadang-kadang ribut jiwa muda melontar panahan qalbu, akal yang waras seakan gila tanpa sedar walhal jasadnya jasad tarbiyah. akalnya akal tarbiyah, qalbunya qalbu tarbiyah. Itulah hakikat tercicir, menyandang pada yang lemah, mengharap pada yang tidak layak, meluah pada yang bodoh. Perlu difahami gelombang hidup tidak akan sama dengan gelombang hati untuk yang hakiki kerana dimula yang ganjil, diakhir juga yang ganjil. Jadi ianya bukan untuk disedih tetapi untuk diperhebatkan syukur kerana KEMENANGAN ITU buat yang ganjil.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Bangkit Islam Bangkit!

~Mujahadah Duhai Diri~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan