Bismillahirrahmanirrahim
Hari itu kami ke rumah Allahyarham Atok Esah (al-Fatehah), nenek saya sebelah ayah. Insan yang sangat menyayangi saya sehingga menanggung perbelanjaan saya ke umrah ketika saya masih dalam darjah 5. Saya menyarung telekung dan berdiri menghadapkan kiblat membelakangkan ayah yang baring mengiring ke arah saya. Ayah membacakan setiap ‘qauli’ di dalam solat dengan kuat sambil berbaring di atas katil bujang, dan saya pula membuat gerakan ‘fi’li’ solat.
Tanpa saya sedarinya ayah rupanya ayah sedang mengajar saya untuk solat. Sehari 5 kali, akhirnya bacaan tersebut dapatpun dihafal. Pembelajaran di sekolah pula banyak membantu untuk menambahkan lagi kelancaran bacaan solat saya. Syukur Alhamdulillah, saya beruntung kerana saya berpeluang memiliki ilmu tersebut sekaligus dapat melaksanakan rukun Islam ke 2 itu. Alhamdulillah.
Saya dihantar ke tadika cina kerana ayah kata, saya perlu belajar bahasa tersebut sehinggakan ayah dan ibu memohon untuk memasukkan saya ke darjah 1 di sekolah cina juga. Namun, pasti ada hikmahnya, setibanya saya pada hari pendaftaran, kami diberi tahu bahawa kami lewat untuk berdaftar di sekolah tersebut. Pelajar sudah cukup ramai dan tiada ruang untuk saya menuntut di situ. Akhirnya, ayah menghantar saya ke Sek Keb Johor Jaya 1.
Saya merupakan pelajar yang sangat pendiam. Montel semestinya. Hehe. Hinggalah saya berpindah ke Sek Rendah Islam At-Tahfiz Pasir Gudang sewaktu darjah 4. Di kelas terakhir saya di tempatkan sebelum di tempat ke kelas ke 3 daripada 4 kelas yang ada untuk pelajar darjah 4. Istimewanya, saya tidak perlu ke sekolah agama lagi kerana matapelajaran yang saya ambil sudah ada pelajaran agama seperti akhlak, ibadah dan sebagainya.
2 borang surat permohonan sekolah ke tingkatan 1 dihulurkan pada ayah.
“Sek Men Keb Agama Johor Bahru ni kat Johor Jaya. Dekat je. Sek Men Kerajaan Johor kat Kluang. Jauh sikitla.” Kata ayah.
“Along nak yang dekat tau ayah. Ayah mintakkan yang dekat ni.” Dengan yakin bahawa saya akan dapat bersekolah di situ.
Suatu hari ayah tunjuk kertas berwarna coklat, tertera, ‘Sek Men Agama Kerajaan Johor’. Saya bingung ketika itu. Masih keliru dengan 2 nama sekolah yang hampir sama. Ayah tidak kata apa-apa.
Sepanjang saya menuntut di SMAKJ, hampir setiap minggu ayah dan ibu datang menjenguk. Subhanallah.. tidak terkata pengorbanan mereka. Bukan dekat saya kira. 4 jam pergi dan balik. Tanpa mengira kos, masa, malah ibu dan ayah pernah menjenguk sehingga 2 kali dalam seminggu. Tidak ada langsung kata keluhan dari mereka.
Sehinggalah tingkatan 4, akhirnya saya dipindahkan ke SMKAJB. Jalan kaki pun boleh untuk datang ke warung. ‘Dekat benau ler’ bak kata mak (nenek sebelah ibu) pun. Di sinilah, segalanya bermulanya. Apa yang mula?
Apabila menjejakkan kaki di bumi SMKAJB, kehadiran saya di sambut baik walaupun pada mulanya pelajar baru sukar mendapat sambutan dari pelajar lama. Akhirnya saya mula aktif dengan pelbagai aktiviti, melibatkan diri dengan jawatan itu dan ini. Dan di sininya bermula, graf akademik saya mula menurun. Jika UPSR saya peroleh 4A1B, SMRA 8Mumtaz2Jaidjiddan, PMR 8A1B, namun di peringkat SPM, saya peroleh 7A daripada 10 matapelajaran yang diambil. Sebelum keputusan lebih meleset sewaktu saya menuntut di matrikulasi.
Di bumi perjuangan kini, kelab-kelab yang saya minati seperti Kelab Debat dan Kelab Pingpong terpaksa saya tolak ke tepi bagi memberi tumpuan pada satu kelab yang bagi saya... di situlah dakwah, di situlah usrah, di situlah pembaikan ummah. Jangan beralasankan dakwah, tarbiyyah dan program sebagai penghalang kepada lemahnya akademik. Dakwah dan pelajaran bukanlah seperti jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah. Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Itu bukanlah dakwah namanya dan itu bukan belajar namanya. Dakwah dan pelajaran kena berkadar terus dan tidak boleh inversely proportional. Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya.
Ilmu-ilmu tersebut adalah ilmu Allah. Kalau orang lain study 1 jam, orang yang melakukan kerja-kerja dakwah hanya memerlukan 10 minit sahaja kerana ada keberkatan masa dalam studynya. Namun, perlulah ikhlas. Kena check juga hati tu masa buat kerja dakwah, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah. Terdetik di hati, banyak lagi yang tidak habis belajar, assignment banyak tidak siap, ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah. Siapa yang menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongnya. Itu yang Allah janji dalam firmannya di dalam surah Muhammad ayat 7 dan janji Allah itukan pasti. Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Allah dah beritahu kita dalam surah assaf ayat 10. Kita berdoa tapi tiada kesungguhan dalam doa kita. Kenapa tidak yakin? Wajarkah kita meragui janji Allah? Siapa kita untuk meragui Allah yang menciptakan kita? Yang telah banyak memberi nikmat kepada kita? Kita berdakwah tetapi hati kita tiada dengan Allah. Kenapa?
Jadilah seorang insan yang ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatannya. Setiap kali bergaul dengan rakan sekelas, pensyarah, di kafeteria dan kelas, di masjid atau di mana sahaja, kita merasakan kemanisan Iman dan Islam. Setiap kali melihat kita, mereka merasakan keindahan Islam. Jadikan setiap perbuatan kita menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran kita, hubungan dengan keluarga dan teman-teman, segalanya adalah dakwah. Moga kita sentiasa dalam usaha merealisasikannya. Allahuakbar!
~Mujahadah Duhai Diri~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan