Pilih lagu sebelum mula membaca.. :)

5/07/11

Kertas Hijau

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaNya dimulakan bicara. Allah.. Allah.. Allah..
Sewaktu saya mengemas nota-nota lama yang disusun atas rak putih di bilik, saya terjumpa sehelai kertas hijau. Dengan perlahan saya meneliti semula. Kertas hijau ini sudah beberapa kali dibaca. Kertas hijau yang penuh makna. Kertas hijau yang melinangkan airmata.

Tulisannya diakhiri sajak ini, yang penuh makna...

ORANG YANG BERJIHAD KERANA ALLAH
JIWANYA TAKKAN LAYU
JIWANYA TAKKAN LESU
JIWANYA TAK MUDAH PATAH LALU GOYAH
KERANA JALAN TARBIYAH YANG DIA LALUI ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH
SEORANG PEMBURU SYAHID
DI BELAKANGNYA TERTEGAK SYARIAT CINTA KEPADA ALLAH
TAKKAN SENANG BAGINYA UNTUK CAIR KERANA DUNIA
SEDANGKAN BURUANNYA ADALAH HARI AKHIRAT
BIARPUN DIA SEOLAH-OLAH RASA KESEORANGAN
BIARPUN DIA TERASA SEOLAH-OLAH TERLALU PENAT
BIARPUN DIA TERASA SEOLAH-OLAH HILANG PENYUSUNAN JADUAL KEHIDUPAN
BIARPUN DIA MERASAKAN SEOLAH-OLAH HILANG DAYA KEKUATAN
NAMUN...
ALLAH SWT KUATKAN DIA DI HADAPAN MANUSIA
WALAUPUN DIA SELALU MELUTUT LEMAH DI SISI ALLAH
SUJUDNYA DENGAN PENUH AIR MATA
DIA SEORANG PERWIRA
PEMBURU CINTA SANG PENCIPTA
DALAM SARANG HATINYA HANYA DIPENUHI CINTA ILAHI
KERANA RASA CINTA ILLAHI ITULAH
KERANA KETAATAN KEPADA NABI SAW ITULAH
KERANA KEYAKINAN KEPADA AL-QURAN ITULAH
DIA MEMILIH JALAN PERJUANGAN
INGIN SEKALI MERASA AKRAB BERSAMA NABI SAW
DENGAN CARA MENCONTOHI SUKA DUKA PERJUANGAN NABI SAW
BIARPUN DIRINYA SEOLAH-OLAH TIADA RIANGNYA
TIADA NORMALNYA
TIADA REHATNYA
NAMUN APABILA BEKERJA UNTUK ISLAM
SEOLAH-OLAH DIA CUTI SEPANJANG MASA
SEOLAH-OLAH DIA REHAT SETIAP KETIKA
KERANA APA YANG DIA LAKUKAN ADALAH BEREHATKAN DI AKHIRAT SANA
KUKAGUM PADA DIRINYA
MENGINFAQKAN DIRI UNTUK PERJUANGAN ISLAM
TETAP TINGGI KEYAKINAN PADA ALLAH
TETAP POSITIF MEMBINA KEKUATAN
WALAUPUN GETIR HIDUP HANYA DIKONGSI DENGAN TUHAN

Kertas hijau ini bukan sekadar kertas yang berwarna hijau. Tetapi merupakan nota cinta dari seorang kakak buat si adik yang baru bertapak ke alam ini. Alam yang tidak menjanjikan bahagia. Masih diingat pesan dari lisannya, "Perjuangan bukan manis." Sambil dia menundukkan pandangan. Saya akui, ketika itu terasa jauh dari dirinya. Sukar menafsirkan setiap ungkapan kata. Namun kita, satu persatu terjawab persoalannya. Moga aku thabat dalam medan ini. Bangkitlah kembali duhai mujahidah..

'Seorang srikandi Islam wajib kental jiwanya, majlis ilmu menjadi buruan, amanah yang ditaklifkan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan, dia tidak berkira-kira dalam bekerja kerana pandangan Allah yang dicari, dia tidak suka mempersoalkan kerja kerna takut andai Allah menyoalnya kelak. Dia sentiasa memandang dengan pandangan positive. Dia akan sedaya upaya menjadi manusia yang bermanfaat buat yang lain.'

'Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu.' (Syed Qutb).

~Mujahadahlah duhai diri~

2 ulasan:

  1. assalamualaikum nadia,semoga kamu kuat..insyaAllah.. :)

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam mirah, jazakillah ya ukhti. amin..

    BalasPadam